Tuesday, June 14, 2016

"J Babies Spa"

Macam biasa hujung minggu la waktu yang ditunggu-tunggu oleh si kecik aisyah.Ayah cuti so bolehla buli ayah pulak asyik terperap ja kat rumah dengan ibu.Ayah memang dah lama nak ajar aisyah ni swim tapi asyik tertangguh ja.Lepas survey terjumpa J Babies Spa kat Aeon Shah Alam.Tengok kat fb macam menarik so kita terjah jela.
Dah sampai sana ibu terlebih yakin tengok peta tak ada pon J Babies Spa.So decide nak jalan-jalan jala sambil cari kot2 terjumpa.Macam biasala dah nama perempuan kan bila jalan tu singgah sana sini terlupa niat sebenar nak bawak si kecik tu swim.Last dah nak balik baru ternampak ha ada pon tapi aisyah dah baik punya lentok dah dalam carrier.Dah alang-alang sampai singgah jugakla survey tengok.
Disebabkan ayah ibu pon excited nak bagi aisyah try swim sempatla booking untuk esoknya.Siap boleh pilih private room tau kalau ada kekosongan la.Kebetulan kosong so dapatla aisyah private room.
Si kecik aisyah terkodek2 dengan muka tak bersalah.
Sebenarnya ada macam2 pakej lagi dekat sana tapi takut si kecik tu buat perangai kita try baby float ja dulu.Layanan sangatlah memuaskan.So warga shah alam atau yang berdekatan yang rasa tak ada idea nak bawak anak relax kat mana bolehla terjah J Babies Spa.(cawangan lain pon ada sila godek website k)Kalau nak lebih info boleh cari kat website J Babies Spa

Antar pakej yang ada kat sana.


Thanks sudi baca.Jemput tinggalkan jejak.

0 comment :